Kerelevanan Gerakan Islam Melalui Pemerkasaan Fikrah dan Gagasan Besar Di Dalam Menjawab Permasalahan Umat
Dalam kontek perjalanan gerakan Islam, Kurshid Ahmad telah membahagikan gerakan Islam kepada tiga peringkat pertama adalah pra-kolonial, kedua peringkat colonial dan ketiga adalah pasca colonial.
Islam: Pra Kolonial
Sewaktu peringkat pra kolonial pada abad ke 16,17, dan abad 18, Islam perlu menghadapi realiti kemunduran, ketidakupayaan di dalam memberikan penyelesaian kepada cabaran, permasalahan umat, terutamanya kebejatan peranan kepada dunia sains dan teknologi, pertanian dan ketenteraan. Pada waktu ini kejumudan dan sifat tertutup dalam dunia Islam yang melampau mengakibatkan dunia Islam semakin lemah. Pintu Ijtihad dan ruang pencarian ilmu-ilmu baru tidak diraikan. Kebanyakkan umat Islam juga tidak mahir membaca dan berlaku korupsi sosial dan pemerintah.
Dalam pada masa yang sama, pada tika inilah barat sedang mengalami fasa ‘Reformation’ dan ‘Renaisence’. Mereka
Dalam keadaan yang begini muncul tokoh-tokoh Islam untuk memimpin pembaharuan Islam. Shah Wali Allah (1703-1762) yang lahir di Indo-India, yang melihatkan perlunya bersifat wasotiyyah, atau moderat di dalam menjawab permasalahan umat Islam. Tolerasi beliau untuk melihat umat Islam perlu respon kepada dunia barat dan mengambil khazanah yang turut dimiliki oleh barat. Di dalam persoalan tauhid beliau menjawab dengan manhaj yang lebih saintafik, dengan hasil karya Magnum Opus, Hujjat Allah al-Balighah, hujah Tuntas kewujudan Allah swt. Yang memberi respon kepada penolakkan tuhan akibat daripada keruntuhan kepercayaan tauhid dalam manusia.
Pembukaan ijtihad dalam Islam baik dalam fiqih atau yang lain lain turut dijawab oleh Shah Wali Allah, beliau melihat permasalah umat Islam yang pelbagai adalah disebabkan oleh kurangnya fahaman terhadap teks Quran, dan penafsiran yang pelbagai bagi mereka yang tidak mahir dalam susur galur bahasa Arab. Namun demikian, pada ketika itu teks al-Quran tidak dibenarkan untuk diterjemahkan, malah diharamkan. Tetapi atas ijtihad maslahah umat Shah Wali Allah mengambil risiko untuk menterjermah Teks Al-Quran ke dalam bahasa Urdu dan kemudian Parsi. Beliau menulis sebuah kitab, al-Muqaddimah fi al-Terjamatil Quran, Muqaddimah penterjemahan al-Quran. Atas usaha yang diambil, beliau diuji sehingga diisytiharkan keluar daripada Islam.
Namun Demikian, atas kesedaran dan komitmen beliau untuk kemajuan dan pembangunan Islam, usaha beliau terus di anggap releven sehingga ke hari ini. Al Quran sehingga hari ini diterjemahkan ke seluruh bahasa di dunia, sebagai medium terpenting rujukan umat Islam yang tidak mahir berbahasa Arab dan menjadi instrumen penting di dalam menyebarkan risalah Allah swt.
Namun demikian, pada ketika inilah ilmuwan barat mengambil model dan hasil karya ilmu dalam dunia Islam, kebanyakkan mereka sendiri menuntut di dunia Islam, kemuadian mengaplikasikan di dalam dunia barat. Model universti al-Azhar sebagai universiti awal dunia kemudian dicipta universiti di eropah, begitu juga model perpustakaan yang diambil model perpustakaan Iskadariah antara perpusatakaan terawal dan terbesar dunia, begitu juga institusi penterjemahan karya-karya agung, Dar al-Hikmah, malah hospital pun di ambil model dari Islam kemudian dibawa ke dunia barat. Dunia barat ketika itu tidak mengenali institusi hospital seperti mana yang ada sekarang.
Islam: Zaman Kolonial
Pertembungan fizikal dan kekuatan ketenteraan sewaktu fasa kedua gerakan Islam di peringkat kolonialisme, melihatkan hampir kesemua negara Islam di dalam genggaman kuasa imperial kolonialisme barat termasuk
Antara contoh baik yang boleh diambil adalah pemerintah Mesir Muhammad Ali Bashar (1805 – 1952), keluarganya yang memerintah Mesir merupakan satu dinasti yang obsessi barat, beliau juga telah menghantar seorang pemikir mesir Rifa’ Rafi’ at-Tantawi ke Paris untuk belajar di sana dan melakukan gagasan pembaratan. Beliau juga menulis buku ‘Westenised Eagyp’. Begitu juga Khairuddin al-Tunisi dengan tulisan besar beliau, al-Ihwal al-Mahaliq, Ali abdul Raziq dengan buku kontroversi, Islam wa Usul al-hukm, begitu juga pemikir Taha Hussein yang kemudian menjadi menteri pendidikan mesir al- Mustaqbal al-thaqafa dan pada akhir hidup beliau, beliau bertaubat dan menulis mar’atul Islam atau cerminan Islam yang menolak semua fahaman-fahaman barat beliau yang pernah ditulis sebelum itu.
Namun demikian, di saat kecelaruan dan krisis yang berlaku, muncul gerakan yang pada peringkat awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani, 1837 – 1897 dan kemudian diteruskan juga oleh anak muridnya Muhammad Abduh. Al-Afghani yang memhabiskan hampir keseluruhan hidupnya untuk mengubah sistem politik umat Islam yang akhirnya beliau terpaksa meninggal dunia di dalam keadaan penjara rumah di
Walaupun pelbagai cabaran yang dikenakan kepada beliau sehinggakan pernah diistiharkan keluar daripada Islam tetapi daripada hasil Idea Pan-Islamism beliaulah maka dilihirnya OIC yang ada pada hari ini. Buku penting beliau adalah jurnal perjalanan beliau bersama Muhammad abduh, al-Urwah al-Watgha.
Begitu juga pada anak muridnya Muhammad Abduh dan juga Rashid Reda. Abduh memberikan penumpuan usahanya kepada merubah sistem pendidikan Islam. Beliau kemudiannya menjadi Sheikh Al-Azhar tanpa konfrontasi dengan pemerintah berbanding gurunya al-afghani.
Gerakan Islam: Pasca Kolonial
Pada peringkat zaman pasca colonial, umat Islam mengalami masalah ‘Identity and Cofidency Crisis’ atau Crisis jati diri dan keyakinan. Keyakinan yang bermaksud hilang keyakinan kepada sistem nilai dan hidup Islam, jati diri muslim terhakis sama sekali. Umat Islam masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi barat, malah mereka boleh jadi lebih barat daripada barat.
Hilangnya kepercayaan kepada sistem Islam, baik politik mahupun ekonomi atau pendidikan. Bentuk penjajahan baru atau ‘neo-colonialisme’ diperkenakan kepada dunia Islam, menerusi sistem ekonomi kapitalis yang diperkenalkan. Sistem ini akhirnya mengakibatkan kebergantung mutlak umat Islam kepada barat di dalam ekonomi dan perdagangan. Hanya negera kelas pertama yang mementukan perjanjian dan hubungan perdagangan antara negara. Negara Islam kekal menjadi negara pengeluar bahan mentah dan pengimport barangan sedia pakai.
Amir Shakib Arsalan dalam buku beliau untuk menjawab persoalan yang dikeutarakan oeleh Syeikh Muhammad Imran al-Basyoomi, Ulama Nusantara, Limazha Taakhara al muslimun wa taqaddam Ghairahum. ( Mengapa Umat Islam Mundur dan Yang Main Maju? ). Shakib Arsalan juga meletakkan permasalahan keilmuan sebagai punca kemunduran umat Islam. Islam sudah tidak memimpin dunia dengan keagungan ilmu dan pencetus ketamadunan. Umatnya cendurung untuk bertaqlid buta menerima dan mengikut apa saja yang diberikan. Lebih
Pada Ketika inilah sewaktu kejatuhan empayar Uthmaniyyah lahirnya gerakan Islam yang bersifat
Mengambil konteks
Senario Semasa Islam Abad 21.
Senario Islam Abad ke 21 adalah lebih kompelks dan sukar. Pertembungan bukan lagi pertembung fizikal seperti dulu. Tetapi pada hari ini adalah diistilahkan sebagai ‘Ghazwatul Fikr’, pertembungan pemikiran dan idea. Wujudnya pelbagai seolah pemikiran yang akhirnya mengelirukan umat Islam.
Namun yang lebih
Gerakan yang bersifat wasotiyyah kini telah tenggelam dan dilihat tidak relevan dengan keperluan zaman. Gerakan ini ditidak dapat menjawab permasalan dan keperluan umat abad 21 yang terlampau kompleks dan mencabar.
Apa seterusnya? – bersambung…
MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
18 jalan 14/32
46100 P.JAYA
SELANGOR
0122348643
di pos oleh <$BlogItemAuthorNickname$> pada 4:00 PM,
0 pendapat: